SEREMBAN: Polis menahan dua individu disyaki memiliki dadah seberat kira-kira lima kilogram (5kg) di tempat letak kereta di Bandar Baharu Nilai di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki dan wanita tempatan berusia awal 40-an itu ditahan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pada 1.50 pagi.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemukan lima bungkusan dadah disyaki jenis syabu seberat 5,225 gram (g). Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine.
"Suspek lelaki mempunyai empat rekod kesalahan lampau narkotik dan dua rekod lampau berkaitan jenayah manakala suspek wanita tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,450 penagih dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan syabu dan sitaan adalah RM172,625.
Ahmad Dzaffir berkata dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Ahmad Dzaffir berkata dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar fail/Bernama
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah tawar suapan kepada polis
Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 kepada anggota polis pada Januari lalu.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Tidak adil desak Hannah letak jawatan
Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Hannah Yeoh meletak jawatan bersifat tidak adil.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
[TERKINI] Tiga kereta rosak dihempap pokok
Tiga kereta rosak dihempap pokok ketika hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa.
SPRM dan peguam capai persetujuan tempoh
SPRM setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Karnival Sandakan gabung keunikan pelbagai etnik di Sabah
Penglibatan beberapa kaum etnik dalam Karnival Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Sandakan 2024 menjadi landasan terbaik mengukuhkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Polis tahan dua individu, rampas 5kg dadah
Polis menahan dua individu disyaki memiliki dadah seberat kira-kira lima kilogram (5kg) di tempat letak kereta di Bandar Baharu Nilai di sini, awal pagi semalam.
'Drama' curi kenderaan: Suspek wanita nekad rempuh lalu lintas, sekatan polis
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan selepas beberapa kali suspek cuba meloloskan diri.
Kes bunuh Jong Nam: Kedutaan Indonesia temui Siti Aisyah
Diplomat Indonesia hari ini mendapat akses untuk bertemu suspek wanita republik itu yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Bekas perisik Korea Utara sifatkan suspek pembunuhan Kim Jong Nam hanya amatur
Kim Hyon Hui, yang mengebom pesawat Korean Air pada 1987 selepas menjalani latihan sebagai ejen Korea Utara, memberitahu akhbar Jepun dalam sebuah temu bual bertulis.